Friday, May 3, 2013

RENCANA : Keunikan melancong ke negara Korea Selatan.


Oleh : Jom Lawat Korea

Korea Selatan merupakan sebuah negara empat musim yang semakin berkembang dan dikenali dunia. Dalam aspek pelancongan juga, Korea Selatan dilihat seperti destinasi idaman dan impian bagi kebanyakan pelancong antarabangsa. Pada hari ini Korea Selatan terdiri daripada komuniti yang jauh lebih pesat dalam pelbagai aspek termasuklah pembangunan, pendidikan, ekonomi dan infrastruktur. Negara ini kini tidak lagi dipandang sebagai negara yang ketinggalan seperti yang berlaku pada tahun 1960-an.


Peramal ekonomi juga menyasarkan kebolehan negara Korea bakal menjadi negara yang akan terus berkembang pesat. Sebagai pelancong di Korea Selatan anda pasti teruja dengan kepelbagaian daya tarikan yang terdapat di negara yang semakin popular di kalangan pelancong. Jika anda melancong di negara Korea Selatan, anda dapat merasakan semua kemajuan yang mereka kecapi kini.



Dari segi pengangkutan sehinggalah makanan, anda pasti merasai pengalaman berbeza dengan melancong di negara-negara lain. Di Korea anda tidak dapat menyangkal kemajuan sektor pengangkutan mereka. Tren di Seoul sendiri dilihat sangat efektif dan mempunyai lebih 16 laluan (line) yang berbeza dan setiap laluan menjangkau hampir ke setiap pelusuk tempat di Seoul. Pengangkutan awam amat penting di negara ini kerana rata-rata masyarakat mereka sendiri menggunakan pengangkutan awam berbanding kereta. Pengangkutan seperti bas dan teksi juga cekap dan telus. Jarang sekali mendengar kes kelewatan bas dan penipuan tambang teksi.



Pembangunan pesat di Korea terutama di Seoul terdiri daripada bangunan pejabat, kawasan kediaman malah pusat beli belah. Di Korea anda dapat melihat pelbagai bentuk dan rekaan bangunan dari sebuah Kafe kecil sehingga sebesar-besar pusat beli-belah yang gah. Anda bebas memasuki mana-mana kafe yang terdapat di Korea dan pastinya anda akan berasa kelainan terhadap kafe-kafe yang terdapat di Korea. Dari segi kemasan dalaman pastinya Korea jauh lebih cantik dan moden berbanding di negara kita. Suasana yang tampak classy merupakan pengalaman yang tidak harus dilepaskan oleh setiap pelancong. Begitu juga dengan pusat beli-belah mereka, suasana yang lebih trendy menjanjikan pengalaman melancong yang berbeza.



Kecepatan perkembangan ekonomi Korea menawarkan kepelbagaian produk yang boleh diperolehi dengan mudah. Para pelancong berpeluang membeli berbagai-bagai jenis barangan dari fesyen terkini sehinggalah barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Lambakan produk fesyen di negara Korea usah disangkal. Terdapat beberapa spot yang menarik untuk dilawati khas bagi penggemar fesyen. Di Seoul sendiri terdapat beberapa spot kegemaran untuk mereka yang mahu mendapatkan barangan fesyen terkini dengan harga yang berpatutan. Dari segi design, ternyata Korea menawarkan fesyen yang lebih moden dan trendy. Anda boleh mendapat sehelai pakaian serendah 5000 won (RM14) sehingga yang harganya mencecah ribuan ringgit. Begitu juga dengan cenderahati, anda boleh membawa pulang cenderahati dengan harga yang rendah sebagai buah tangan untuk keluarga dan juga sahabat handai.



Kepelbagaian budaya melihatkan variasi makanan yang terdapat di Korea. Di sini anda berpeluang merasai pelbagai makanan yang enak serta lazat. Kimchi yang merupakan makanan tradisional terkenal negara Korea terdiri daripada pelbagai jenis. Kimchi yang diperbuat daripada sayur kubis cina merupakan yang paling popular dan digemari ramai disamping kimchi yang diberpuat daripada lobak, sawi, terung malah buah pear. Rasanya yang masam, manis dan pedas menyuntik elemen unik dalam makanan ini. Terbukti sebagai makanan yang berkhasiat, anda juga boleh mencubanya sendiri malah boleh juga dibawa pulang. Di samping kimchi, makanan seperti toppoki (kuih beras pedas), odeng (fish cake), kimbab dan makanan-makanan lain terdapat di Korea dan anda boleh merasai apabila anda melancong ke negara Korea.

Jadi apa tunggu lagi, rancang perjalanan anda. Pilihlah Korea sebagai destinasi pelancongan antarabangsa anda. Pastinya menjanjikan pengalaman yang berbeza dan menarik.

*Rencana merujuk kepada negara Korea Selatan.


No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai trip sila ke http://jomlawatkorea.form2go.com/inquiryform.html

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...