Tuesday, August 6, 2013

Jadual Trip Ke Korea 2013/2014




Email kami untuk maklumat selanjutnya, jomlawatkorea@gmail.com

Atau gunakan borang pertanyaan dan tempahan di link ini, http://tinyurl.com/jlkinquirybookingform

Atau mesej kami di http://www.facebook.com/messages/145547068861900

Kami akan menjawab semua pertanyaan anda mengenai lawatan ke Korea.

Jom Lawat Korea ; rakan kembara di bumi sonata.

Sunday, June 16, 2013

Tips Melacong ke Korea : Membawa Kanak-Kanak



Korea merupakan negara 4 musim yang semakin terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dewasa ini dan melancong dengan membawa bersama kanak-kanak semestinya menyeronokkan. Namun kadangkala anda pasti berasa risau apabila ingin membawa anak-anak anda melancong ke negara 4 musim. Namun anda pasti mahu tahu adakah sesuai membawa kanak-kanak terutamanya bayi apabila melancong ke negara sonata ini. Di sini kami ada beberapa tips yang anda boleh ikuti.

Perkara paling penting sekali apabila merancang untuk melawat Korea bersama kanak-kanak adalah tarikh dan musim yang mana anda akan melawat. Tentukan musim yang benar-benar anda sukai supaya anda dapat mempersiapkan segala kelengkapan untuk anak-anak anda. Jika anda tanya pada kami musim yang mana paling sesuai membawa anak-anak, jawapan kami SEMUA MUSIM! Ini disebabkan Korea mempunyai keistimewaan tersendiri pada setiap musimnya.



Pilih musim mana yang anda mahu pergi, kemudian persiapkan PAKAIAN anak-anak anda termasuk lampin selengkapnya. Pakaian merupakan perkara paling penting apabila melawat negara Korea kerana pakaian akan menyesuaikan diri dengan keadaan dan suhu semasa. Semak entry DI SINI untuk panduan persiapan pakaian mengikut musim.



Perkara kedua yang penting adalah pergerakan anak-anak anda. Jika anak anda masih bayi kecil, pastikan anda membawa bersama STROLLER atau BABY CARRIER yang sesuai bagi memudahkan pergerakan anda dan juga anak-anak. Pilih stroller yang mudah lipat, ringan, kukuh dan simple. Walaupun stoller mungkin sedikit menyusahkan apabila berada di kawasan yang terdapat ramai orang, namun stoller memudahkan dan mengurangkan beban anda untuk mendukung anak anda pada setiap masa. Penggunaan stoller di Korea kami klasifikasikan sebagai mudah kerana terdapat kemudahan yang boleh digunakan jika membawa stoller seperti lif. Namun anda harus bersedia mengankat stoller tersebut jika sesebuah lokasi (contohnya sesetengah stesen Subway) tidak menyediakan perkhidmatan lif.


Jika anda rasakan stoller terlalu berat untuk di bawa bersama, anda boleh memilih BABY CARRIER seagai pilihan alternative. Kini terdapat banyak jenis carrier yang boleh anda perolehi di pasaran mengikut keselesaan dan keperluan anda. Carrier lebih mudah kerana ianya ringan dan mengurangkan beban anda untuk mendukung bayi anda.


Seterusnya, MAKANAN! Makanan merupakan perkara yang penting jika anda melancong bersama anak-anak. Kanak-kanak pastinya lebih cerewet bab-bab makanan. Orang dewasa boleh dikatakan masih boleh menahan lapar jika tiada tempat untuk makan, namun bereza dengan kanak-kanak. Oleh itu, pastikan anda menyediakan bekalan makanan, minuman termasuk SUSU anak-anak anda sebelum keluar untuk tour. Pack makanan dan minuman anda secukupnya di dalam bekas yang ringan dan mudah dibawa. Ini dapat menjamin bekalan makanan untuk anak-anak anda sentiasa mencukupi sepanjang hari semasa lawatan.

Dalam aspek keselamatan, anda seharusnya memberi perhatian lebih terhadap keselamatan anak-anak anda. Anda harus sentiasa mengawasi tindakan anak-anak anda semasa sesi lawatan dan sentiasa memastikan anak-anak anda sentiasa dekat dengan anda. Patuhi setiap peraturan dan larangan semasa sesi lawatan. Didik anak-anak anda supaya tidak mengikut orang lain SELAIN DIRI ANDA. Semasa sedang berada di dalam kedai apabila membeli-belah misalnya pula, pastikan anak-anak anda memegang barangan dengan cermat untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Ya! Kini anda tidak perlu risau jika anda ingin membawa anak-anak anda melancong di Korea dan kami berharap tips yang kami berikan memberi manfaat buat semua. Apa lagi, jom lawat Korea!


Borang pertanyaan mengenai travel ke Korea sila klik SINI atau email jomlawatkorea@gmail.com .

Saturday, June 15, 2013

Borang Pertanyaan Percutian Ke Korea


KLIK LINK DI BAWAH UNTUK KE BORANG PERTANYAAN TRIP KE KOREA





1. Isikan borang pertanyaan selengkapnya.
2. Tunggu pihak kami membalas pertanyaan anda.

Friday, May 3, 2013

RENCANA : Keunikan melancong ke negara Korea Selatan.


Oleh : Jom Lawat Korea

Korea Selatan merupakan sebuah negara empat musim yang semakin berkembang dan dikenali dunia. Dalam aspek pelancongan juga, Korea Selatan dilihat seperti destinasi idaman dan impian bagi kebanyakan pelancong antarabangsa. Pada hari ini Korea Selatan terdiri daripada komuniti yang jauh lebih pesat dalam pelbagai aspek termasuklah pembangunan, pendidikan, ekonomi dan infrastruktur. Negara ini kini tidak lagi dipandang sebagai negara yang ketinggalan seperti yang berlaku pada tahun 1960-an.


Peramal ekonomi juga menyasarkan kebolehan negara Korea bakal menjadi negara yang akan terus berkembang pesat. Sebagai pelancong di Korea Selatan anda pasti teruja dengan kepelbagaian daya tarikan yang terdapat di negara yang semakin popular di kalangan pelancong. Jika anda melancong di negara Korea Selatan, anda dapat merasakan semua kemajuan yang mereka kecapi kini.



Dari segi pengangkutan sehinggalah makanan, anda pasti merasai pengalaman berbeza dengan melancong di negara-negara lain. Di Korea anda tidak dapat menyangkal kemajuan sektor pengangkutan mereka. Tren di Seoul sendiri dilihat sangat efektif dan mempunyai lebih 16 laluan (line) yang berbeza dan setiap laluan menjangkau hampir ke setiap pelusuk tempat di Seoul. Pengangkutan awam amat penting di negara ini kerana rata-rata masyarakat mereka sendiri menggunakan pengangkutan awam berbanding kereta. Pengangkutan seperti bas dan teksi juga cekap dan telus. Jarang sekali mendengar kes kelewatan bas dan penipuan tambang teksi.



Pembangunan pesat di Korea terutama di Seoul terdiri daripada bangunan pejabat, kawasan kediaman malah pusat beli belah. Di Korea anda dapat melihat pelbagai bentuk dan rekaan bangunan dari sebuah Kafe kecil sehingga sebesar-besar pusat beli-belah yang gah. Anda bebas memasuki mana-mana kafe yang terdapat di Korea dan pastinya anda akan berasa kelainan terhadap kafe-kafe yang terdapat di Korea. Dari segi kemasan dalaman pastinya Korea jauh lebih cantik dan moden berbanding di negara kita. Suasana yang tampak classy merupakan pengalaman yang tidak harus dilepaskan oleh setiap pelancong. Begitu juga dengan pusat beli-belah mereka, suasana yang lebih trendy menjanjikan pengalaman melancong yang berbeza.



Kecepatan perkembangan ekonomi Korea menawarkan kepelbagaian produk yang boleh diperolehi dengan mudah. Para pelancong berpeluang membeli berbagai-bagai jenis barangan dari fesyen terkini sehinggalah barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Lambakan produk fesyen di negara Korea usah disangkal. Terdapat beberapa spot yang menarik untuk dilawati khas bagi penggemar fesyen. Di Seoul sendiri terdapat beberapa spot kegemaran untuk mereka yang mahu mendapatkan barangan fesyen terkini dengan harga yang berpatutan. Dari segi design, ternyata Korea menawarkan fesyen yang lebih moden dan trendy. Anda boleh mendapat sehelai pakaian serendah 5000 won (RM14) sehingga yang harganya mencecah ribuan ringgit. Begitu juga dengan cenderahati, anda boleh membawa pulang cenderahati dengan harga yang rendah sebagai buah tangan untuk keluarga dan juga sahabat handai.



Kepelbagaian budaya melihatkan variasi makanan yang terdapat di Korea. Di sini anda berpeluang merasai pelbagai makanan yang enak serta lazat. Kimchi yang merupakan makanan tradisional terkenal negara Korea terdiri daripada pelbagai jenis. Kimchi yang diperbuat daripada sayur kubis cina merupakan yang paling popular dan digemari ramai disamping kimchi yang diberpuat daripada lobak, sawi, terung malah buah pear. Rasanya yang masam, manis dan pedas menyuntik elemen unik dalam makanan ini. Terbukti sebagai makanan yang berkhasiat, anda juga boleh mencubanya sendiri malah boleh juga dibawa pulang. Di samping kimchi, makanan seperti toppoki (kuih beras pedas), odeng (fish cake), kimbab dan makanan-makanan lain terdapat di Korea dan anda boleh merasai apabila anda melancong ke negara Korea.

Jadi apa tunggu lagi, rancang perjalanan anda. Pilihlah Korea sebagai destinasi pelancongan antarabangsa anda. Pastinya menjanjikan pengalaman yang berbeza dan menarik.

*Rencana merujuk kepada negara Korea Selatan.


Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...