Wednesday, July 18, 2012

Lokasi Pelancongan : Pulau Jeju




Pulau Jeju terletak di selatan negara Korea. merupakan sebuah pulau peranginan yang sangat popular di Korea dan juda terkemuka di dunia. Pulau Jeju merupakan lokasi percutian yang sangat menarik dan berbaloi dengan perbelanjaan percutian yang anda laburkan.

Pulau ini merupakan pulau yang bergunung berapi yang berkeluasan 1848 km persegi merupakan pulau yang menjadi kebanggaan masyarakat Korea. Dianggap sebuah pulau yang suci oleh masyarakat setempat, Pulau Jeju mula popular dikalangan pelancong pada tahun 1940-an dan setelah itu, Pulau Jeju sering menjadi sebutan para pelancong dari seluruh dunia sehingga lah hari ini.




Terbahagi kepada dua daerah yang utama iaitu Jeju City dan Seogwipo City yang terletak di utara dan selatan Pulau Jeju, pengunjung boleh menaiki pesawat dari bandar Gimpo di Seoul dan ini merupakan cara paling mudah untuk ke pulau ini.

Selain menjadi tempat peranginan yang terkenal di serata dunia, Pulau ini terdiri dari pada beberapa lokasi yang menarik untuk dikunjungi seperti Mount Halla, Ilchulbung Park, Sagumburi Crater, Halim Park dan beberapa lokasi lain yang menarik perhatian.

Pulau Jeju ini juga tersenarai dalam 7 wonders nature dan ini membuktikan bahawa Pulau Jeju ini sememangnya sebuah pulau yang sangat indah. Pada entry seterusnya Jom LawaT Korea akan membawa anda ke satu demi satu lokasi yang sering menjadi tumpuan para pelancong di pulau ini.

1 comment:

  1. boleh tak bagi detail macam mane nak ke Pulau jeju..transport..makanan...tempat tinggal..terima kasih..

    ReplyDelete

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai trip sila ke http://jomlawatkorea.form2go.com/inquiryform.html

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...