Monday, November 7, 2011

Pulau Nami : Lokasi Pelancongan


Pulau Nami terletak di daerah Chuncheon dan merupakan lokasi paling digemari oleh pelancong untuk dikunjungi termasuk saya sendiri. Tidak lengkap perjalanan anda di bumi Korea sekiranya tidak mengunjungi lokasi penggambaran Winter Sonata ini.

Pulau Nami atau nama tempatannya 남이섬 (Namiseom) merupakan sebuah pulau kecil yang berbentuk bulan separa terletak di sebatang sungai. Jarak antara pekan Gapyeong dengan Pulau Nami adalah sejauh 3.8km dan pulau ini berkeluasan 4 km persegi.


Pulau  Namu menjadi daya tarikan para pelancong seluruh dunia adalah kerana sifat semulajadinya yang sentiasa terpelihara. Pelbagai aktiviti yang melibatkan alam sekitar dilaksanakan di sini dan melibatkan beberapa organisasi yang berkenaan.


Keajiaban jelas yang berlaku di Pulau Nami ialah suasana 4 musimnya. Ini bermakna kunjunang anda tidak akan pernah sama pada setiap musim yang berbeza. Musim bunga menjanjikan anda keindahan bunga-bunga yang sedang berkembang, manakala jika anda melawat pada musim panas kehijauan pohon di Pulau Nami pasti menggamit keindahan. 


Berbeza pula jika anda berkunjung pada musim luruh, anda pasti terpukau dengan daun-daun yang berwarna kuning dan merah melitupi pemandangan. Musim sejuk adalah musim terbaik bagi mengunjungi Pulau Nami kerana keputihan salji yang melitupi bumi Korea dapat dirasai di sini. 


Bagi peminat drama Winter Sonata, anda pasti teruja apabila sampai ke sini kerana di sinilah lokasi penggambaran ini dijalankankan. Saya juga pada pertama kali berhasrat ke Korea, Pulau Nami merupakan destinasi utama yang saya ingin jejaki. Alhamdullilah, sudah beberapa kali saya menjejaki pulau indah ini.


Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sini termasuk, berbasikal pada musim bunga, bersukan air pada musim panas, merakam foto-foto kenangan pada musim luruh dan bermain salji pada musim sejuk. Di sini terdapat beberapa restoran jika anda ingin menjamu selera, tetapi saya lebih suka membawa bekalan makanan dari rumah dan berkelah di sini.


Jika anda mahu ke sini, dinasihatkan supaya bertolak di awal pagi kerana dikhuatiri anda perlu menunggu dan beratur untuk menaiki feri untuk ke pulau ini. Disebabkan Pulau Nami dianggap sebuah repulik yang lain, visa lawatan dikenakan untuk ke pulau ini. Tetapi sebenarnya, Visa itu merupakan tiket masuk ke pulau tersebut.

Jadi, pastikan anda berkunjung ke Pulau Nami ini jika anda melawat ke Korea kelak. Jika tidak, rugi..! 

Kemudahan di sini;
Bank/ATM
Restoran
Kedai Serbaguna
Tandas Awam
Telefon Awam
Hotel

Pengangkutan ke sini;
Subway, Bas, Teksi

3 comments:

  1. ada ker kad atm malaysia yg boleh digunakan di korea??tq

    ReplyDelete
  2. Ada.. Kad Maybank confirm boleh..! Tp ac
    ktifkan PLUS nye service dulu.. :)

    ReplyDelete
  3. berapa price yang dicaj untuk naik feri dan visa?

    ReplyDelete

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai trip sila ke http://jomlawatkorea.form2go.com/inquiryform.html

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...