Friday, November 4, 2011

Kimchi : Makanan Korea


Kimchi merupakan makanan Korea yang dikenali di seluruh dunia. Kimchi merupakan sejenis makanan sampingan yang sangat popular dan secara amnya diperbuat daripada sayur-sayuran seperti kubis cina, timun, lobak putih dan diperasakan dengan bahan-bahan perasa yang lainnya.

Dalam sejarah, kimchi telah wujud 2600 - 3000 tahun dahulu dan melalui pelbagai pembaharuan dari masa ke semasa. Begitu juga dengan namanya. Nama seperti Chimchae, Dimchae, Timchae merupakan nama yang pernah digunakan suatu ketika dahulu.

Sekarang, nama Kimchi telah digunakan sepenuhnya bagi menggambarkan makanan unik ini. Di Kimchi field museum yang terletak di Seoul mencatakan bahawa terdapat 187 jenis kimchi sepanjang ianya dihasilkan. bahan-bahan seperti air garam, daun bawang, dan rempah adalah antara bahan yang paling popular dalam pembuatan kimchi.

Kepelbagaian citarasa kimchi bergantung daripada resepi dan daerah yang menghasilkannya. Ini menunjukkan bahawa penghasilan Kimchi adalah pelbagai mengikut citarasa rakyat Korea yang berbeza-beza. Dikhabarkan juga, keistimewaan kimchi adalah berbeza-beza antara daerah dengan daerah yang lain di Korea. Peredaran musim sepanjang tahun juga merupakan faktor terhasilnya kepelbagaian resepi serta citarasa Kimchi serta berkait rapat dengan musim-musim di Korea.

Kandungan khasiat Kimchi yang dipercayaai ialah, ia kaya dengan serat di samping mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin A, Thiamine, Riboflavin, kalsium, dan zat besi dan mujarab bagi pencernaan, dan boleh melambatkan pertumbuhan kanser. Kajian dari Seoul National University mendapati bahawa Kimchi dapat mencegah virus H5N1, dan penghidap penyakit Flu itu sembuh setalah mengambil Kimchi sebagai diet mereka.



Rasanya yang masam dan pedas banyak digunakan dalam pembuatan Sup dan nasi goreng. Jika anda melancong ke Korea, jangan lepaskan peluang mencuba Kimchi asli yang sangat sedap..!!

Cara membuat kimchi..


*Sumber dr en.wikipedia.org/wiki/Kimchi

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai trip sila ke http://jomlawatkorea.form2go.com/inquiryform.html

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...