Thursday, October 20, 2011

Masjid Besar Seoul


Masjid besar Seoul, atau dikenali sebagai Seoul Masjid di kalangan masyarakat tempatan merupakan sebuah masjid yang agung dan tersergam di tengah-tengah bandar metropolitan ini. Terletak di bandar Itaewon, masjid ini merupakan masjid yang sering dikunjungi oleh umat Islam untuk menunaikan ibadah solat, malah sering dikunjungi oleh pelancong segenap lapisan masyarakat.


Masjid yang dibuka pada tahun 1976 ini dapat menampung seramai kira-kira 800 jemaah pada satu-satu masa. Bagi pelancong yang beragama Islam, anda boleh bersembahyang Jumaat di masjid ini. Jemaah berbangsa Pakistan, India, Arab dan Turki biasanya memonopoli bilangan jemaah.



Selain gah sebagai tempat beribadat penganut agama Islam, seharusnya kita bangga kerana masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul dan masjid ini menarik pelancong dari seluruh pelusuk dunia berkunjung ke mari.

Binaannya yang gah berdiri di bandar Itaewon ini masih mengekalkan seni rekaan Islam yang indah. Kompleks ini terdiri daripada bangunan Masjid ini dan di sebelah tepi masjid ini terbina sebuah sekolah yang digunakan sebagai tempat rakyat tempatan mendalami ilmu agama.



Seiring dengan penambahan bilangan rakyat Korea yang convert ke agama Islam, kuliah-kuliah agama sering dijalankan di Masjid ini. Aktiviti lain yang dijalankan di masjid ini termasuklah majlis berbuka puasa, sembahyang Terawikh, Solat Aidilfitri dan Aidiladha serta ibadah korban.

Selama saya di Seoul, saya berpeluang bersembahyang di masjid ini dan salah seorang kenalan saya di sana merupakan seorang aktivis yang aktif menjalankan kerja-kerja amal yang berkaitan dalam mengembangankan Islam termasuk menguruskan ibadah Umrah dan Haji bagi masyarakat di sana.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi masjid ini jika anda berkunjung ke Korea ok! Insya'Allah..


No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai trip sila ke http://jomlawatkorea.form2go.com/inquiryform.html

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...