Monday, October 3, 2011

Hanok Village : Lokasi Pelancongan


Hanok Village merujuk kepada perkampungan masyarakat Korea. Terdapat beberapa lokasi di mana perkampungan tradisional masyarakat Korea ini yang boleh kita kunjungi. Salah satu lokasi Hanok Village yang terkenal di bandar Seoul adalah yang terletak berhampiran dengan Gyeongbuk Palace.
 


Bukchon Hanok Village terletak tidak jauh dari stesen Subway Anguk. Perkampungan tradisional ini sangat indah dan menjadi salah satu tarikan pelancong apabila berkunjung ke Seoul. Lokasi pelancongan ini dibuka kepada orang awan untuk di kunjungi.


Anda perlu berjalan mendaki sedikit bukit untuk tiba di perkampungan ini. Pada dasarnya, Hanok Village ini ialah perkampungan sebenar dan bangunan yang berada di sini umumnya adalah kediaman orang Korea. Oleh itu, jika anda berkunjung ke mari, anda akan dapat melihat papan tanda supaya tidak membuat bising kerana rata-rata rumah tradisional yang berada di sini berpenghuni.


Daripada puncak kawasan ini, anda dapat memerhati bandar Seoul yang tersegam indah. Bukchon Hanok Village merupakan spot fotografi yang sangat baik. Berlatar belakangkan binaan rumah tradisi masyarakat Korea, pastinya kunjungan anda ke mari akan menggamit memori yang indah. 

P/s:- Lokasi ini sering menjadi lokasi penggambaran drama-drama Korea.

Pengangkutan ke lokasi ini:
Subway - Line 3
Bus

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai trip sila ke http://jomlawatkorea.form2go.com/inquiryform.html

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...