Saturday, October 1, 2011

Hanbok : Pakaian Tradisional


Hanbok merupakan pakaian tradisional masyarakat Korea. Diperbuat daripada kain yang berwarna terang seperti hijau, merah, biru, pink, kuning dan lain-lain lagi. Pemakaian hanbok merujuk semula sejarah silam di era Dinasti Joseon di mana hanbok dipakai sebagai pakaian rasmi dan tidak rasmi bagi kerabat-kerabat di-Raja.

Menelusuri arus pemodenan, pemakaian hanbok masih diteruskan oleh masyarakat Korea walaupun telah mengalami perubahan dari segi reka bentuk, corak dan warna. Pada dasarnya, komposisi pakaian Hanbok ini terdiri daripada bahagian iaitu baju, kain dan seluar.


Bahagian baju dipanggil Jeogori, di mana ia merupakan bahagian atas pada hanbok tersebut. Ia dipakai oleh kedua lelaki dan wanita. bahagian ini menutup bahagian atas pemakai sehingga ke bahagian tangan. Bahagian ini  biasanya direka seperti sehelai baju yang menutup bahagian badan di sebelah dalam.

Chima merupakan kain bawah yang menutup bahagian bawah badan si pemakai. Terdiri daripada kain yang labuh diperbuat dari kain yang berwarna, ia menyerlahkan alunan hanbok itu sendiri. Biasanya bahagian ini diserikan lagi dengan riben yang dijadikan ikatan di pinggang.

Baji pula merupakan seluar yang biasanya dipakai oleh kaum lelaki. Seluar ini persis seluar pallazo yang reka bentuknya lebar dan tali pinggang akan digunakan pada bahagian pinggang.Jokki dan Magoja pula adalah sehelai vest atau jaket yang dipakai dibahagian luar hanbok. Bahagian ini dipakai bertujuan untuk memanaskan badan ketika musim sejuk.


Jika anda berada di Seoul, jangan lupa untuk mengunjungi Gyeongbuk Palace untuk mencuba pakaian ini. Di situ la salah satu tempat yang mudah bagi para pengunjung merasai pengalaman memakai pakaian tradisional masyarakat Korea ini.

Bagi bacaan penuh mengenai Hanbok, sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Hanbok .

1 comment:

  1. Waaaaaa...i mmg kempunan nak pakai hanbok ni...semalam dah pegi palace ni tp xde pun baju korea tu..haini pegi palace lain pun xde jgk...kat mana lagi ek ada service utk kita try pkai bju ni??? X lengkap rasanya visit korea kalau x dpt pakai hanbok ni T_____T

    ReplyDelete

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai trip sila ke http://jomlawatkorea.form2go.com/inquiryform.html

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...