Wednesday, September 7, 2011

Namsan : Lokasi Pelancongan



Namsan terletak dipuncak sebuah bukit di daerah Jung-gu di bandar Seoul. Berketinggian 262 meter yang dulunya dikenali sebagai Mount Mongmyeok tetapi kini lebih dikenali sebagai Namsan. Ia menawarkan pelbagai aktiviti riadah seperti mendaki, rekreasi dan menjadi pelantar tinjau bagi menikmati pemandangan indah bandar raya Seoul
Namsan adalah sebuah bukit yang menjadi pusat riadah seluruh penduduk Seoul. Keindahan pohon-pohon sakura di situ pasti menggamit pandagan anda. Kalau sudah dinamakan bukit, anda akan memanjat bukit sejauh lebih kurang 50 meter selepas anda turun dari bas (Jika anda menaiki bas ke Namsan).



Perkhidmatan kereta kabel juga turut tersedia tetapi ianya bukan percuma. Sekali naik, lebih kurang KRW 7000. Anda boleh membeli tiket di kaunter di platform Hoehyeon-dong berdekatan dengan Myeangd-dong dan turun di platform Yejang-dong di puncak bukit ini. 

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Namsan adalah memerhati pemandangan seluruh bandar Seoul dari pelantar yang disediakan di puncak. Selain itu, anda boleh melawat Teddy Bear Museum yang terletak berhampiran kaunter bayaran tiket untuk naik ke N Seoul Tower. 





Bagi yang gemar mendaki, anda boleh memilih untuk mendaki dari kaki bukit ini ke puncak dengan berjalan kaki. Senario di sini amat berbeza sekali jika dibandingkan di Malaysia, di sini rata-rata yang mendaki secara berjalan kaki adalah warga-warga tua. Mereka lakukan ini adalah bertujuan sebagai senaman.

Namsan akan meriah pada hujung minggu kerana ramai warga Seoul termasuk pelancong asing melawat destinasi pelancongan wajib ini. Oleh itu, jika anda melawat Seoul, jangan sekali-kali lepaskan peluang berkunjung ke sini serta merakan foto yang indah-indah.



Istimewa lokasi ini : 
Kunci Cinta - Sebuah lokasi mengunci cinta bagi pasangan kekasih.


Pengangkutan ke sini :
Bus
Cable Car

Kemudahan lain di sini :
Tandas awam
Restoran
Tempat bersenam

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai trip sila ke http://jomlawatkorea.form2go.com/inquiryform.html

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...