Saturday, September 24, 2011

Insadong : Lokasi Pelancongan


Insadong adalah sebuah lokasi pelancongan yang terkenal di Korea. Terletak bersebelahan dengan daerah Jongno-gu, ia merupakan lokasi jualan barangan kraft dan barang antik yang menjadi tumpuan mereka yang berada di bandar Seoul. Anda dapat menyaksikan sebuah jalan utama yang diberi nama Insadong-gil penuh dengan peniaga yang menjual hasil kraf mereka.

Insadong boleh digelar wilayah kesenian kerana suasana ketika berada di sini seperti anda di sebuah galeri seni. Insadong menjadi tumpuan mereka yang gemar brangan antik dan meeka yang ingin mendapatkan cenderahati unik sebagai ole-ole.


Di sini, terdapat bangunan yang masih mengekalkan seni bina tradisional serta bangunan-bangunan moden yang dijadikan kedai, restoran dan galeri seni. Kepelbagaian hasil seni masyarakat Korea dapat dilihat termasuk lukisan, barangan kraf, arca dan lain-lain lagi.


Dilaporkan seramai 100 ribu pengunjung telah membanjiri lokasi ini pada satu hujung minggu tahun 2000 dan sudah pasti akan meningkat tahun demi tahun. Insadong turut menerima kunjungan hormat daripada Queen Elizabeth II serta putera-putera daripada negara Sepanyol dan Netherlands. 


Tidak mustahillah jikalau Insadong digelar lokasi wajib kunjung. Jika anda berkunjung ke mari, jangan lepaskan peluang untuk merakam sebanyak boleh foto yang boleh kerana pastinya kunjungan anda ke sini akan menjadi sebuah persinggahan yang penuh nostalgik.

Kemudahan awam yang terdapat di sini;
Tandas
Telefon
Kedai Serbaneka
Restoran



Barangan yang boleh didapati di sini;
T-shirt
Pakaian Tradisional
Keychain
Bookmark
Hasil Kaligrafi
Aksesori
dan pelbagai hasil kraf lainya.


Pengangkutan ke sini;
Bus
Subway

2 comments:

  1. dlm tandas di seoul ada paip air ke?

    ReplyDelete
  2. I've been there last year. Takde paip tp toilet dia mostly sgt bersih. X susah, just bwk air dlm botol la... =)

    ReplyDelete

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai trip sila ke http://jomlawatkorea.form2go.com/inquiryform.html

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...