Wednesday, September 21, 2011

Coffine Gurunaru : Cafe


Coffine Gurunaru merupakan satu daripada ratusan rangkaian kedai kopi yang terdapat di bandaraya Seoul. Terdapat banyak cawangan serata kota Seoul ini. Memperkenalkan konsep kedai coffee yang tampak eksklusif ala Starbucks, anda harus berkunjung dan merasai menu yang terdapat disini.

Menu di Coffine Gurunaru terdiri daripada pelbagai jenis minuman seperti, kopi, latte dan ice blended yang menggunakan bahan serta ramuan yang berkualiti tinggi. Jika anda melancong ke Seoul, jangan lupa untuk singgah sebentar di cafe ini dan merasai menu istimewa iaitu roti bakar yang dihidang lazat bersama krim serta topping lainya.

Apa yang pasti rasa kopinya mewah dan menu-menu lainya hebat! Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma dan melayakkan anda mendapat potongan dan diskaun pada pembelian seterusnya. Harga yang ditawarkan bagi menu di sini juga berpatutan dan anda pasti rasai kepuasannya. 

Antara menu di Coffine Gurunaru;
Caramel Macchiato
Mocha Latte
White Chocolate
Roti Bakar Coklat
Salad etc

Rangkaian Coffine Gurunaru yang pernah saya kunjungi;
Berdekatan Cheonggyecheon stream dan Hankuk University of Foreign Studies

Rangkaian Harga minuman dan makanan;
KRW4000 ke atas


2 comments:

  1. macam best ni...kalu musim sejuk confirm best minum kopi...eh snow keluar bila ye agaknya

    ReplyDelete
  2. hello. saya plan nak ke korea. teringin nak rasa minum2 di cafe sekitar seoul. bagaimana cara memesan makanan/minuman halal di cafe? ada bahan2 yang perlu dielakkan? thanx ^-^

    ReplyDelete

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai trip sila ke http://jomlawatkorea.form2go.com/inquiryform.html

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...