Thursday, August 20, 2015

Trip Ke Korea 2015, Musim Luruh. Oktober & November









Anda bercadang melancong ke Korea pada musim luruh ini? Kami bawakan anda trip paling budget tapi menarik di abad ini.

Anda boleh memilih mana-mana tarikh dalam bulan Oktober & November 2015.  Kami akan sediakan pakej khas untuk group anda mengembara ke negara Korea dengan harga terendah. Pastikan anda mengumpul minimum 6 pax bagi setiap group untuk mendapatkan harga yang paling rendah. Jika group anda kurang dari 6 pax, sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi mereka yang solo traveler dan ingin mencari pengalaman mengembara dengan rakan baru, kami akan turut akan membuka slot untuk open group tour dengan penyertaan minimum 10 pax.

Jangan risau jika anda tidak fasih dalam selok-belok melancong, Kami sedia memberi anda layanan yang terbaik semasa melancong dengan kami. Kami berpengalaman dalam mengendali trip ke Korea bertahun-tahun lamanya.

Sila hubungi kami menerusi email jomlawatkorea@gmail.com atau menerusi Massage Facebook kami di Jom Lawat Korea atau gunakan borang pada link INI untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Jom Lawat Korea rebranded!

Salam.. After years not updating any information here.. We love to announce we just rebranding Jom Lawat Korea..

Kami berbesar hati menjemput anda like page FB kami di Jom Lawat Korea dan terbaru kami melancarkan akaun Instagram, anda boleh follow kami di akaun @jomlawatkoreaofficial.

Kami masih buka slot tour dengan harga yang terendah dan kami janjikan pengalaman melancong yang menarik dan bernilai.




Tuesday, August 6, 2013

Jadual Trip Ke Korea 2013/2014




Email kami untuk maklumat selanjutnya, jomlawatkorea@gmail.com

Atau gunakan borang pertanyaan dan tempahan di link ini, http://tinyurl.com/jlkinquirybookingform

Atau mesej kami di http://www.facebook.com/messages/145547068861900

Kami akan menjawab semua pertanyaan anda mengenai lawatan ke Korea.

Jom Lawat Korea ; rakan kembara di bumi sonata.

Sunday, June 16, 2013

Tips Melacong ke Korea : Membawa Kanak-Kanak



Korea merupakan negara 4 musim yang semakin terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dewasa ini dan melancong dengan membawa bersama kanak-kanak semestinya menyeronokkan. Namun kadangkala anda pasti berasa risau apabila ingin membawa anak-anak anda melancong ke negara 4 musim. Namun anda pasti mahu tahu adakah sesuai membawa kanak-kanak terutamanya bayi apabila melancong ke negara sonata ini. Di sini kami ada beberapa tips yang anda boleh ikuti.

Perkara paling penting sekali apabila merancang untuk melawat Korea bersama kanak-kanak adalah tarikh dan musim yang mana anda akan melawat. Tentukan musim yang benar-benar anda sukai supaya anda dapat mempersiapkan segala kelengkapan untuk anak-anak anda. Jika anda tanya pada kami musim yang mana paling sesuai membawa anak-anak, jawapan kami SEMUA MUSIM! Ini disebabkan Korea mempunyai keistimewaan tersendiri pada setiap musimnya.



Pilih musim mana yang anda mahu pergi, kemudian persiapkan PAKAIAN anak-anak anda termasuk lampin selengkapnya. Pakaian merupakan perkara paling penting apabila melawat negara Korea kerana pakaian akan menyesuaikan diri dengan keadaan dan suhu semasa. Semak entry DI SINI untuk panduan persiapan pakaian mengikut musim.



Perkara kedua yang penting adalah pergerakan anak-anak anda. Jika anak anda masih bayi kecil, pastikan anda membawa bersama STROLLER atau BABY CARRIER yang sesuai bagi memudahkan pergerakan anda dan juga anak-anak. Pilih stroller yang mudah lipat, ringan, kukuh dan simple. Walaupun stoller mungkin sedikit menyusahkan apabila berada di kawasan yang terdapat ramai orang, namun stoller memudahkan dan mengurangkan beban anda untuk mendukung anak anda pada setiap masa. Penggunaan stoller di Korea kami klasifikasikan sebagai mudah kerana terdapat kemudahan yang boleh digunakan jika membawa stoller seperti lif. Namun anda harus bersedia mengankat stoller tersebut jika sesebuah lokasi (contohnya sesetengah stesen Subway) tidak menyediakan perkhidmatan lif.


Jika anda rasakan stoller terlalu berat untuk di bawa bersama, anda boleh memilih BABY CARRIER seagai pilihan alternative. Kini terdapat banyak jenis carrier yang boleh anda perolehi di pasaran mengikut keselesaan dan keperluan anda. Carrier lebih mudah kerana ianya ringan dan mengurangkan beban anda untuk mendukung bayi anda.


Seterusnya, MAKANAN! Makanan merupakan perkara yang penting jika anda melancong bersama anak-anak. Kanak-kanak pastinya lebih cerewet bab-bab makanan. Orang dewasa boleh dikatakan masih boleh menahan lapar jika tiada tempat untuk makan, namun bereza dengan kanak-kanak. Oleh itu, pastikan anda menyediakan bekalan makanan, minuman termasuk SUSU anak-anak anda sebelum keluar untuk tour. Pack makanan dan minuman anda secukupnya di dalam bekas yang ringan dan mudah dibawa. Ini dapat menjamin bekalan makanan untuk anak-anak anda sentiasa mencukupi sepanjang hari semasa lawatan.

Dalam aspek keselamatan, anda seharusnya memberi perhatian lebih terhadap keselamatan anak-anak anda. Anda harus sentiasa mengawasi tindakan anak-anak anda semasa sesi lawatan dan sentiasa memastikan anak-anak anda sentiasa dekat dengan anda. Patuhi setiap peraturan dan larangan semasa sesi lawatan. Didik anak-anak anda supaya tidak mengikut orang lain SELAIN DIRI ANDA. Semasa sedang berada di dalam kedai apabila membeli-belah misalnya pula, pastikan anak-anak anda memegang barangan dengan cermat untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Ya! Kini anda tidak perlu risau jika anda ingin membawa anak-anak anda melancong di Korea dan kami berharap tips yang kami berikan memberi manfaat buat semua. Apa lagi, jom lawat Korea!


Borang pertanyaan mengenai travel ke Korea sila klik SINI atau email jomlawatkorea@gmail.com .

Trip Inquiry Form

  • Full Name*
  • Email Address*
  • Phone Number
  • Departure Date (Exact / Planning)*
  • Trip Period*
  • Number of Pax*
  • Remarks (Request, Inquiry etc)
  • Security Code*

     

  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...